
Rabun Warna? Jangan terkejut pulak K! hehehhe
Apa yang diperkatakan oleh intankuterpilih ini sebenarnya adalah mengenai background colour blog aried ini yang kelihatan terang sangat. Huhuhu.. Aried sebenarnya saja godek-godek template blog aried ni dan teringin pula nak tukar warnanya. Jadi aried carilah colour apa pun di color-hex.com dan menukar warna template aried ni.. Tapi sebelum intankuterpilih menegur mengenai warna background blog ni sebenarnya dah ada kawan aried yang cakap. Huhuhu.. Tapi diorang relax je sal dah tau aried ni “rabun warna“! Yup… Aried memang rabun warna.. 1st sekali, rabun warna aried ni berbeza dari orang lain yang biasanya susah nak beza 2 colour je cam hijau dengan oren ke pe ke, tapi aried ni confuse dengan banyak warna. Hahaha…

Aiks, Rabun Warna Boleh Dapat LESEN MEMANDU?
Yup! Aried memang ada lesen memandu dan aried rasa aried diantara yang bertuah dikalangan orang rabun warna kerana warna-warna hijau, merah dan kuning tidak menjadi masalah buat aried. Jadi, bila berhadapan dengan traffik light sememangnya aried tiada masalah langsung.
Namun, kesukaran pertama yang aried terpaksa lalui sebelum dapat lesen memandu adalah ujian mata sebelum dapat ikuti latihan untuk buat lesen. Huhuhu.. Korang mesti tahukan yang setiap yang nak ambil lesen kena lepas jawab soalan 42/50 baru boleh lulus dapat buat latihan memandu termasuk soalan warna. (betulkan aried mengenai 41/50 kalau silap, dah lupa..Huhuhu)
Ini antara soalannya:
Bagaimana aried dapat jawab soalan ni? Huhuhu.. Sebenarnya aried tak dapat jawab semuanya dengan betul, memang akan ada soalan warna ni yang aried tak dapat jawab, so fikir punya fikir aried dapat kenal beberapa kelemahan soalan ini iaitu setiap soalan warna akan ada jawapan yang berbeza-beza. Sebagai contoh dalam gambar X, jawapan yang diberikan ialah a) 12, b) 43, c) 44 dan d) 60. Bagi gambar Y pula jawapannya ialah a) 2, b) 10, c) 13, d) 99.
Hah, disinilah kelemahannya. Jadi aried terpaksa hafal semua jawapan yang mengelirukan aried sebagai contoh, bila gambar X ditanya, aried akan ingat turutan jawpan iaitu 12,43,44 dan 60 dan bagi urutan ini jawapannya ialah 60. Huhuhu.. So, aried akan tanda d)60!! Hehehheh…
p/s: Dalam ujian ini, aried dapat score 50/50!! Alhamdulillah, berbaloi juga ya..
Kehidupan Harian yang Penuh Keseronokkan!!
Siapa cakap rabun warna ni tak best? Setiap yang Allah buat pasti punyai kelebihan tersendiri cuma kita sahaja perlu mentafsirnya dengan betul. Bagi aried rabun warna bukan satu kelemahan dan tidak pernah pula aried rasa self esteem aried ni hilang bila berhadapan masalah warna ini malah aried lebih enjoy!
Apa yang seronok
ass=”blsp-spelling-error” id=”SPELLING_ERROR_335″>ialah bila orang tahu aried rabun warna, pasti akan ada yang nak menyakat atau lebih tepat nak uji dan kaji selidik. Hahaha, ayat tak boleh tahan. Kadang-kadang bila dah boring, ada kawan aried yang tanya..
” Rid, try tengok warna tie aku ni warna apa? Aku tak tahulah“
Hah sudah. Macam mana nak jawab ni? So, kalau aried tak tahu warna apa, aried hentam sahajalah.. Kelabu!! Biru!! Hahaha.. So, habis orang gelak ramai-ramai. Apa nak buat kalau dah tak tahu, baik jawab tak tahu.
Kalau kat kedai pun best juga, time nak beli pakaian macam baju, seluar, tie atau cap, memang tak boleh nak main ambil je sebab kena tanya dulu budak-budak yang jaga kat bahagian pakaian tu apa warna yang aried pilih tu. Kadang-kadang mungki
n ada yang ingat aried nak mengorat la kot, well biar je la kalau sangkut apa nak buat.
Apa PUNCA Rabun Warna ni Rid?
Aried nak jawap pun aried tak pakar dalam dunia rabun warna ni, so aried cari 1 artikel yang ringkas dan share kat sini, ok?
Punca Rabun Warna
Akfy berkata:
Dalam dunia maya ni, agak-agak siapa lagi ya bloggers yang rabun warna?

Pastikan anda membaca artikel seterusnya:
- Lelaki Masuk Dapur: Lelaki lebih pandai memasak dari Perempuan
- Kisah bagaimana seorang gadis diajak buat seks dan isu buang bayi
- Sebab Lelaki Buncit: Ketahui Punca Sebenar Lelaki Buncit
- Cerita Kehidupan Lelaki: Men’s Life Begin at 40!!
- Cerita Ita dan Ayah: Kisah Seorang Ayah dengan Anak Kecil, Ita
- Lelaki dan Perempuan Kahwin Lewat, Mana Pahit Didengar???
- Permohonan lesen judi: Datuk Dr Awang Adek Hussein
Tags: apa itu rabun warna, aried rabun warna, buta warna, cara atasi masalah rabun warna, kenapa berlaku rabun warna, rabun warna, sebab buta warna, sebab rabun warna








