Hadiah Blogging: Laptop ASUS A42J Kini Milikku. Terima Kasih Blog & Readers!
Terima Kasih!
Ucapan ringkas yang mampu digambarkan oleh aried kepada semua yang banyak memberi sokongan kepada aried selama ini especially emak aried, keluarga dan sudah semestinya rakan-rakan. Tanpa doa dan dorongan dari mereka, pasti sukar untuk aried berada ditempat sekarang ini.
Tanggal 5/2/2011 telah aried penuhi dengan Majlis Pertunangan abang aried dengan pasangannya. Setelah selesai semuanya, aried sempat “menculik” abang aried ke KBMall untuk temankan aried membeli laptop baru.
Oleh kerana jalan agak sesak maka kami sampai agak lewat di KBMall dan setibanya disana sudah kelihatan lampu-lampu dalam KBMall sedang terpadam. Ingin sahaja aried patah kembali dan terus pulang namun abang aried mahu aried teruskan memandu ke KBMall dan seperti tidak dijangkakan apabila masih ada kedai yang belum habis berniaga. Dengan pantasnya kami terus ketinggkat 3 dan alhamdulillah kedai laptop masih lagi terbuka luas. Huhuhu..
Laptop ASUS A42J
Sebenarnya laptop aried telah rosak dan seperti yang diketahui laptop jenis Acer 4520 memang sangat bermasalah. Jadi, kali ini aried lebih berhati-hati dan telah meminta kawan aried untuk mencari laptop yang lebih “OK” dari yang biasa. Ya, dan inilah hasilnya iaitu Laptop Asus A42J!
Mari kita lihat kenapa aried memilih Laptop ASUS A42J berbanding laptop lain.
Spesifikasi Laptop ASUS A42J
- Processor Intel® Core™ i5-430M Processor (2.26 GHz, Cache 3 MB)
- Chipset Intel HM55
- Standard Memory 4 GB (2x 2GB) DDR3 SDRAM PC-8500
- Max. Memory 8 GB (2 DIMMs)
- Video Type ATI Mobility Radeon HD 5470 1GB
- Display Size 14″ WXGA LED
- Display Max. Resolution 1366 x 768
- Display Technology ColorShine LED
- Audio Type Integrated
- Speakers Altec Lansing® speakers
- Hard Drive Type 500 GB Serial ATA 5400 RPM
- Optical Drive Type DVD±RW
- Networking Integrated
- Network Speed 10 / 100 Mbps
- Wireless Network Type Integrated
- Wireless Network Protocol IEEE 802.11b, IEEE 802.11g, IEEE 802.11n
- Wireless Bluetooth Integrated
- Keyboard ASUS 302mm keyboard integrated Numeric keypad, 19mm full size key pitch
- Input Device Type Touch Pad
- Card Reader Provided SD, MMC, Memory Stick
- Interface Provided 3x USB 2.0, VGA, HDMI, LAN, Audio
- Webcamera
- O/S Provided Microsoft Windows 7 Home Premium
- Battery Type 6 cells Rechargeable Lithium-ion Battery
- Power Supply External AC Adapter
- Dimension (WHD) 34.9 x 3.65 x 23.8 cm
- Weight 2.2 kg
- Warranty 2-year Limited Warranty by Authorized Distributor, Except battery and adaptor 1 year warranty
Blogging Memang Seronok dan Menguntungkan: Earning Hingga 4 Angka
Bila bercakap mengenai blogging pasti ramai menganggapnya satu aktiviti yang kurang berfaedah malah ramai yang tidak tahu apa itu yang dianggap dengan blogging. Selain itu, tidak kurang juga yang memandang rendah terhadap golongan blogger dan ada yang menjadikan satu gurauan sekiranya ada diantara blogger menyatakan blogging ini seronok dan mendatangkan hasil lumayan!
Income 4 angka sebulan bukanlah satu perkara yang pelik lagi. Mungkin pada awalnya akan ada ramai yang mencurigainya tetapi percayalah jika usaha pasti anda berjaya!
Namun begitu, tidak semua mereka yang bergelar bloggers itu berjaya. Perkara yang mungkin membezakannya ialah sama ada mereka berusaha atau tidak, yakin atau tidak, dan serius atau sekadar ingin mencuba nasib. Dari sini, jika kita benar-benar mahukannya maka insyaAllah blogging pasti menyeronokkan ditambah lagi dengan income sampingan yang agak lumayan.
Usah ditanya berapa earning bloggers kerana aried percaya adalah berbeza-beza. Mungkin sahaja ada yang menjawab income blogger hanyalah sekadar RM50 sebulan atau mungkin tiada income langsung! Ya, mungkin sahaja. Namun bagaimana pula dengan mereka yang lain? Yang juga bergelar blogger tetapi income mereka sudah mencapai ribuan ringgit sebulan malah pasti sudah ramai bloggers Malaysia yang mendapat earning puluhan ribu sebulan! Ya, terimalah hakikat ini dan mulalah bangkit dan menjadi bloggers yang berkualiti! Bukan blogger yang menyakiti…

Pastikan anda membaca artikel seterusnya:
- Serverfreak Terima Kasih Daun Keladi!! WordPress oh WordPress
- Laptop Terbaik dan Murah di Pasaran: Tips dan Cara Memilih
- Laptop rosak kerana Virus: Ada Cara mudah halang virus
- Hadiah baju raya Paling Cantik yang “menyengat”!!
- Peluang Mendapat Hadiah BlackBerry SmartPhones di whatberry.com.my!!
- Delete Gambar Lambang dan Bendera Zionis Israel Dalam Laptop Anda!
- Pentas Pilih Kasih (PPK) 2: Update Terbaru Pilih Kasih 2
Tags: earning 4 angka, kelebihan Laptop ASUS A42J, kenapa blogging, Laptop ASUS A42J, loyal readers, model laptop terbaik





