Al- Fatihah | Pemuda Derita Kanser Tulang Meninggal Dunia

Al- Fatihah | Pemuda Derita Kanser Tulang Meninggal Dunia
KUANTAN 19 Feb. – Penderitaan pesakit barah tulang, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.55 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.
Menurut bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.
“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.
“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.
“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.
Penderitaan Mohd. Zulhafiz sejak enam bulan lalu mendapat perhatian ramai apabila kisahnya mula disiarkan Utusan Malaysia pada 31 Januari lalu.
Susulan itu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, Majlis Belia Pahang dan Yayasan Felda.
Ketumbuhan misteri seberat kira-kira 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan. -
Sumber Al- Fatihah | Pemuda Derita Kanser Tulang Meninggal Dunia UTUSAN

Pastikan anda membaca artikel seterusnya:
- Al Fatihah | Izwan Pilus Meninggal Dunia Hari ini di Hospital Ampang
- Juruhebah IKIMfm Abdul Razak Arbain Meninggal Dunia dalam Kemalangan di Bukit Jalil
- Izwan Pilus Meninggal Dunia Kerana Jangkitan Kuman dalam Darah & Jangkitan Kencing Tikus
- Patah Kaki 50 Kali | Fatihah dan Sekeluarga Alami Penyakit Tulang Rapuh
- Suntikan HPV: Punca Kanser Serviks, Kurangkan Risiko Kanser Pangkal Rahim
- Kanser Payudara: Cara Melakukan Pemeriksaan Sendiri Kanser Payudara
- Nur Alyssa Dania, Bayi 46 Hari Meninggal Hari Pertama di Taska
Tags: Al- Fatihah | Pemuda Derita Kanser Tulang Meninggal Dunia





