ISLAM = I Sincerely Love Allah & Muhammad

Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

February 21st, 2012 by aried | Posted under Cerita Cikgu.
peminat setia ustaz azhar idrus dan zizan raja lawak Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April banner468x60 Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April banner468 Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

romo1 Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

KUALA LUMPUR: Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia
oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi “DMD Android Smartphone Communicator”, yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

 ”DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.
 Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

“Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan,” katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

“Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Februari,” katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. – Bernama

Sumber Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April : mymetro

Sila like Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

LIKE FAN PAGES AARON AZIZ Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April

Pastikan anda membaca artikel seterusnya:

  1. Internet DiGi: Smart Plan telefon pintar, pakej telefon DiGi Blackberry
  2. Nombor Telefon 3 + 8: Lapan Angka Terbaru di Malaysia
  3. Adizero F50 Kasut Bola Sepak Pintar Pertama Dunia Keluaran Adidas!
  4. Haram Sambut April Fool( 1 April) | Sebab dan Fatwa Haram April Fool
  5. MALAYSIA Bakal Laksana FORMAT BARU PERKHIDMATAN TELEFON Dengan NOMBOR 3 + 8!!
  6. Kepentingan Penggunaan Telefon Bimbit: Bagaimana jika tiada telefon
  7. Pesan IPhone 4s Dapat Berus Cat, Komik dan Telefon Mainan

Tags:

This site is protected by WP-CopyRightPro