Alhamdulillah! Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai! Fasha, Jejai Bakal Berkahwin!

Alhamdulillah! Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai! Fasha, Jejai Bakal Berkahwin!
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.
Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.
Sumber Alhamdulillah! Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai! Fasha, Jejai Bakal Berkahwin! : mymetro
Sila like Alhamdulillah! Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai! Fasha, Jejai Bakal Berkahwin!

No related posts.
Tags: Alhamdulillah! Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai! Fasha, Jejai Bakal Berkahwin!





