
Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC | Terengganu Perkenal Program Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan program Matrikulasi Perubatan yang akan dibuat secara kerjasama di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Kolej Universiti Tati (TATiUC).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata cadangan itu akan dibawa ke Kementerian Pengajian Tinggi minggu depan, bagi mendapat kelulusan.
“Kita akan mulakan pengambilan pertama dengan memberi keutamaan kepada 60 pelajar (Sekolah) Imtiaz yang bertujuan melahirkan golongan doktor perubatan memiliki ‘islamic medical’,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Razif yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Pengurusan TATiUC, berkata pengambilan pelajar Imtiaz menepati hasrat kerajaan negeri yang mahu melahirkan lebih ramai kumpulan profesional dalam bidang perubatan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, selain mampu menghafaz al-Quran.
“Mahu tidak mahu, keadaan darurat sedemikian menyebabkan wanita mahupun suaminya perlu akur untuk dirawat oleh doktor lelaki. Oleh itu, kita berhasrat menyelesaikan masalah itu sekaligus menunaikan fardu kifayah,” katanya.
Katanya pelajar yang layak mengikuti program itu nanti mungkin dipilih berdasarkan keputusan Sijil Peljaran Malaysia yang mencapai keseluruhan ‘A’ selain menetapkan beberapa syarat dan kriteria lain yang akan diputuskan kelak. – BERNAMA
Sumber Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC | Terengganu Perkenal Program Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC : myMetro
Sila like Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC | Terengganu Perkenal Program Matrikulasi Perubatan UniSZa-TATiUC

No related posts.





